Articles

Print

Quran Hafazan

Written by Administrator. Posted in Qatrunnada

AL-QURAN HAFAZAN

QuranHafazan

KulitCdQuranHafazan

Perisian al Quran Hafazan Efektif

(Menghafal dan Memahami Al-Quran)

 

Penggunaan Perisian Untuk Hafazan Al-Quran

Sesungguhnya tak dapat disangkal bahwa bahasa yang paling indah dan berpengaruh di dunia ini adalah, bahasa al-Quran. Dengan struktur ayat, gaya bahasa, kesusasteraanya. Ia mampu memukau dan menarik perhatian sesiapa sahaja samada seseorang itu memahaminya atau tidak. Bagi yang memahaminya pula, sudah pasti akan terbuai dan tersentuh hati dengan makna-makna yang disampaikan. Masakan tidak, sedang bahasa al-Quran itu adalah KALAM ALLAH. Kalimah-kalimah TUHAN kita, ALLAH S.W.T.

Namun, tidak semua manusia tahu dan faham dengan sebenar-benarnya akan kalam-kalam ALLAH itu, yang telah diwahyukan dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w itu, sekalipun bangsa Arab sendiri. Lantaran itulah banyak pihak yang berusaha memudahkan umat manusia memahami bahasa al-Quran bagi memahaminya dengan lebih baik, menghayati lantas memanfaatkan apa yang tersurat juga tersirat dari setiap kalam ALLAH, sejak dari zaman berzaman.
Cadangan perisian ‘QURAN HAFAZAN ‘ . mengguna pelbagai pendekatan dan metod. Setakat ini, ianya adalah satu-satunya perisian seumpamanya yang merupakan karya yang dihasilkan. Sebelum ini, kebanyakan perisian al-Quran banyak diadaptasi dari Perisian Arab dan Inggeris.


Penghasilan perisian Quran Hafazan ini meliputi metod makna sesuatu lafaz bahasa, lafaz al Qur-an, lafaz ayat, dan kalimah yang merangkumi tafsiran. Perisian yang dihasilkan ini disusun mengikut perkata yang menjelaskan makna dalam bahasa Melayu terhadap sesuatu kata Arab.
Perisian Al-Quran diilhamkan dari hasil kajian gelagat pengguna yang mana penggunaan Al-Quran sekarang ini tidak terbatas kepada Buku sahaja. Rujukan demi rujukan perlu secara pantas dari pelbagai aspek.
Dengan Perisian Quran Hafazan ini sekurang-kurangnya ia adalah salah satu usaha untuk membantu dalam memahami ayat, perkataan dan menghafal al-Quran walaupun tidak sepenuhnya.

 

Keistimewaan Perisian dan matlamat:-
* Persian Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Qur'an yang terkini dan Efektif
* merupakan satu perisian yg dibina khusus untuk membantu anda menghafaz Juzuk Amma dan surah-surah lazim sebagai persediaan awal untuk menghafaz surah-surah Al-Quran yang
lebih panjang.
* Perisian ini ditujukan kepada Umat Islam yang ingin menghafal dan memahami Al-Quran

* Untuk melahirkan permata-permata Ummah.
* Dapat Memahami al Quran dan Pelajari Bahasa Arab dengan Terjemahan lengkap dan juga PerKata (Harfiah)
* Dibaca oleh 3 qori terpilih.

Kandungan Perisian

1- Bacaan Quran 30 Juzuk beserta makna (bacaan Al-Ghomidy)
2- Himpunan Doa dari Al-Quran
3- Sistem Hafazan Juzuk Amma dan Surah Pilihan
1- Sistem Hafazan Online
2- Sistem Hafazan Offline
4- Perisian Al-Quran Hafazan Online meliputi tahap:
1- Bacaan dan semakan sendiri.
2- Semakan dari pihak Guru @ Ibu-bapa
1- Tahap Ujian dari Menyebut, Fahaman makna, Tajwid dan hafazan.

 

5- Bacaan 3 Qori ternama

 

1- Abdul Basit
2- Khalil Khusairi
3- Mansyawi (Mushaf Muallim diikuti oleh bacaan kanak-kanak)
Setiap Qori akan membaca Juzuk 30 dan surah pilihan beserta makna.

 


Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya (HR. Bukhari).