Print

Pengenalan

PENGENALAN

Selamat Datang Ke Laman Web Qatrunnada.com.my

Assalamualaikum../السلام عليكم

Pusat Komputer Qatrunnada ditubuhkan pada tahun 1993 dan beroperasi menjual pc, menaip dan lain-lain lagi beroperasi ketika itu di Madrasah Nahdhah Hasanah. Pada tahun 1997 telah didaftarkan. Alhamdulillah sehingga sekarang syarikat ini masih bergerak dengan mengeluarkan pelbagai perisian untuk kegunaan umum. Sambutan yang menggalakkan terhadap perisian-perisian yang diterbitkan oleh Pusat Komputer Qatrunnada telah memberi semangat untuk mempertingkatkan lagi produk tersebut dari semasa ke semasa. Perisian Jawi Translater, Kamus dan juga Al-Quran percuma yang dilancar pada tahun 2005, masih lagi mendapat permintaan ramai dari para pencinta tulisan jawi, guru-guru pelajar dan juga orang ramai. Terima kasih kepada pengguna dan juga pengedar perisian ini. Untuk makluman semua, terdapat beberapa perisian yang dikeluarkan oleh Pusat Komputer Qatrunnada tetapi tidak diwar-warkan di Internet. Apabila web ini sudah dapat berfungsi dengan baik, akan dipaparkan untuk tontonan umum. Perisian yang sudah terbit akan dipertingkat dan saya akan cuba untuk membuat versi kemaskini melalui laman web ini dan juga versi Download Terima kasih atas sokongan.

(SHAHARUDIN SHAFIE)